Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Sunday, October 31, 2010

Blues Monday....PERHAPS?!!!

Mungkin 'kejadian alam' seperti gambarajah di atas (perghh..ayat skema giler) macam perkara biasa yang boleh didapati di mana-mana opis di seantero alam semesta terutamanya pada hari senin (betul tak??)

Biasa ler...ari minggu ler menjadi ari untuk kita berseronok/bercuti/memerdekakan pemikiran/tenaga/akal fikiran kita dari keje di opis yang senantiasanya tak penah abis2....tut tut dah ari senin dah sampai...arghh...rase cam tak cukup jer cuti 2 ari kan....skali masuk jer dlm opis...hambik kau....blambak-lambak lak keje kat atas meja...smuanye nak URGENT laks tu...diulangi...URGENT?!!

alahai.....alahai.....time ni otak rase beku jer kan....dah xleh nak pikir pape lg ni.....rase nak cakap jer dgn bos "saya nak balik umah ler bos" (tp dalam hati jer lah brani cakap camtu kui..kui..kui..). Mulalah terkenangkan alangkah indahnyer dapat bersantai di umah bersama hubby n anakanda yg tcinta (keindahannya dapat digambarkan seperti gambar diatas........... )
Jadi, apakah jalan penyelesaian untuk mengatasi Sindrom Blues Monday ni? Diriku ada gak terbaca tips-tips

Tuesday, October 26, 2010

Senaman UNTUK Memudahkan BERSALIN

SENAMAN KEGEL

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.
Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:

a) Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
b) Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
c) Mengurang buasir


Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

PeTuA SeNaNg BeRsaLin


Hmm...di antaranya ialah....
  
1. Rebus pokok selusuh....minum air dia...memang memudahkan bersalin..

2. Semasa mengandung jaga tata susila dengan suami, dekat nak bersalin mintak maaf ngan suami, mak bapak & mentua dan semua org.

3. Amalan membaca surah Maryam - nie mmg dah disebut dlm Al - Quran. Masa sakit bersalin amalkan baca ayat ...La ilhaila anta subhanakainni kuntum minazolimin.....ulang berulang2  kali sehingga selamat melahirkan anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...