Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Tuesday, November 30, 2010

KALAULAH HAIWAN ADA AKAUN FACEBOOK......


Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......
CICAK : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

AEDES: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

AYAM: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

CICAK : isteriku tersepit pintu

KUCING BETINA: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

AYAM : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

CICAK : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

KUCING: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!


TIKUS: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
 
KATAK: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
 
ULAR: rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

ANJING: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

KUDA: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

KURA-KURA: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

SIPUT BABI: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

GAGAK: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

BURUNG KAKAK TUA: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

BABI HUTAN: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

KERA: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

TIKUS: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

LALAT: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

SOTONG: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
 
KUCING: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
 
LIPAS: merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
 
ITIK SERATI : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

IKAN LAGA: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

IKAN PARANG: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

IKAN JERUNG: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

IKAN SEPAT: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

IKAN BILIS: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

IKAN AROWANA: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

IKAN MAS KOKI: macam mana nak kurus nie?

Benarkah Adolf Hitler Pemimpin Yang Menyanjungi Ajaran Islam??

Diriku tak tau samada benar atau tidak artikel ni. Sama-samalah kita baca dan nilaikan...mana yg baik jadikan tauladan…yang buruk jadikan sempadan....
 
cid:image001.jpg@01CB232F.3BFD4440

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

cid:image002.jpg@01CB232F.3BFD4440

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

cid:image003.jpg@01CB232F.3BFD4440
 
cid:image004.jpg@01CB232F.3BFD4440

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

cid:image005.jpg@01CB232F.3BFD4440
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

cid:image006.jpg@01CB232F.3BFD4440
 
cid:image007.jpg@01CB232F.3BFD4440
 
cid:image008.jpg@01CB232F.3BFD4440
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Nice one.....Effectiveness!

A giant ship engine failed. The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure out how to fix the engine.

cid:474FF46833E7417D8E09E4BCBC1119BD@vaioPC
Then they brought in an old man in his eighties who had been fixing ships since he was a young man.   He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work. He inspected the engine very carefully from top to bottom.

Two of the ship's owners were there watching this man and hoping he would know what to do.   After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer.  He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed!

A week later, the owners received a bill from the old man for
ten thousand dollars.

"What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!"

So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill."


The man sent a bill that read:

Tapping with a hammer...... .........    $ 2.00
Knowing where to tap.......... .........  $ 9,998.00

                   
Effort is important, but knowing where to make an effort makes all the difference!

Sunday, November 28, 2010

BENARKAH DAJJAL TELAH MUNCUL???

Sathya Sai Baba

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya."

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). Wallahu al'am..

Dajjal?

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.. Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

* Artikel ini dikirim melalui email oleh salah seorang kenalan. Tidak dapat dipastikan kesahihannya. Apa yang penting, kita perlu sentiasa sedar bahawa "Kiamat Sudah Dekat" dan tanda-tanda kiamat semakin jelas.

~Husband DAY CARE CENTER~


Hmm...ape agaknya pendapat korang kalau wujudnya day care center begini di Malaysia ni yek? Agak-agak mesti seronok yek para kaum ibu di luar sana..Yelah bolehlah gi shopping tanpa sebarang selingan dan bebelan iklan dari suami yang tercinta hehehehe....So pada sesapa yang berminat nak menceburi bidang perniagaan, nah....ni ada peluang yang terbaik sekali...gerenti laku punya pasal diriku tak pernah terserempak lagi day care center camni kat Malaysia lagi...Apa agaknya pendapat kaum-kaum ibu di luar sana yek hehehehehe......

ANTARA NILAI IMAN SEMUT DAN MANUSIA......


IMAN SEMUT.. 
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

RENUNG-RENUNGKANLAH....

INFO MENARIK - Bintang Terbesar Di Galaksi


Perbezaan saiz bintang R136a1 (berwarna biru kanan sekali) berbanding matahari (berwarna kuning) dan bintang-bintang yang lain yang pernah ditemui.



Kerlipan serta cahaya bintang sentiasa menemani langit malam. Sejak kewujudan alam, bintang pasti muncul saban malam. Malah, kerlipan tersebut turut dijadikan sebagai panduan oleh manusia dalam menentukan arah ketika berlayar mahu pun sebagai rujukan bulan. Sehingga abad ini, bintang terbesar yang temui hanya sekitar 150 massa matahari (Solar Mass) iaitu unit yang digunakan dalam mengira jisim bagi sesebuah bintang mahupun planet di ruang galaksi. Malah, matahari sendiri yang juga merupakan bintang terbesar bersaiz sekitar 1.98892 didarab dengan 10 kuasa 30 atau sekitar 332.950 kali ganda massa bumi atau 1.048 kali ganda massa planet Musytari (Jupiter).

Namun baru-baru ini, sekumpulan ahli astronomi antarabangsa yang diketuai oleh United Kingdom telah menemui sebuah bintang terbesar di ruang cakerawala iaitu sehingga 300 massa matahari. Bintang tersebut kini dikenali sebagai R136a1 sekali gus mengejutkan dunia astronomi kerana sehingga kini saiz bintang terbesar yang boleh diterima dalam komuniti tersebut hanyalah sebesar 150 massa matahari. Lebih membanggakan, penemuan bintang terbesar tersebut turut melibatkan saintis nuklear fizik dari Malaysia. Mereka adalah Prof. Madya Dr. Hasan Abu Kassim dan pelajar PhD beliau, Norhasliza Yusof daripada Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).

Menurut Hassan, ia merupakan kajian Norhasliza dalam teori permodelan bintang yang dinamakan Evolusi Stella bagi mengkaji serta menentukan saiz sesebuah bintang. Untuk melengkapkan kajian tersebut, Norhasliza perlu kerjasama kumpulan saintis dari luar negara untuk mendapatkan data serta menjalankan uji kaji.
Teori Evolusi Stella telah digunakan Norhasliza untuk tujuan kajian tersebut.
"Ketika Norhasliza membentangkan teori tersebut, ia telah mengejutkan ketua penyelidik bintang dari Universiti Sheffield, United Kingdom dan sekali gus diterima untuk diguna pakai dalam kajian mereka," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Teori permodelan tersebut telah digunakan dan dibuktikan benar serta tepat dalam menganggarkan saiz sesebuah bintang. Jelas Hassan lagi, Norhasliza telah berada di United Kingdom bersama enam lagi pengkaji astronomi sejak Januari 2009 bagi mengukur saiz bintang-bintang baru melalui teori tersebut. Hasilnya kumpulan penyelidik yang dianggotai oleh Norhasliza berjaya menemui bintang baru. Salah satunya adalah bintang R136a1 sekali gus merupakan bintang yang terbesar serta telah mengejutkan dunia. Norhasliza yang menerima biasiswa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa- bangsa Bersatu (UNESCO) untuk sesi 2008-2009 dan biasiswa Commonwealth bagi 2010 berkata, pada peringkat awal kumpulan beliau seolah-olah tidak meyakini bintang yang ditemui itu adalah sebesar 300 massa matahari.
"Setelah berbandingan serta pengiraan dilakukan berkali-kali akhirnya kami (kumpulan penyelidik) bersetuju bahawa ia (R136a1) merupakan sebuah bintang.
"Malah ketika pengumuman yang dilakukan oleh kumpulan saya ketika itu di sebuah persidangan astronomi di Jerman, ia amat mengejutkan komuniti saintis astronomi seluruh dunia," katanya.
Malah, menurut Norhasliza, terdapat sebilangan saintis yang tidak mempercayai serta mengatakan ia adalah sesuatu yang amat besar dan mustahil. Namun, akhirnya para saintis tersebut akhirnya akur dan mengiktiraf R136a1 merupakan bintang yang tersebar pernah ditemui abad ini. Kajian yang melibatkan dua fasa, iaitu pemerhatian dan permodelan dengan UM terlibat di peringkat permodelan. Hasil maklumat serta data yang diperolehi daripada kedua-dua fasa tersebut digabungkan dan dianalisis bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Bagi tujuan tersebut, kumpulan penyelidik yang dianggotai Norhasliza yang dijadualkan menamatkan PhD beliau pada 2011 telah menerima geran penyelidikan sebanyak RM140,000 dari UM. Melalui penemuan tersebut, ia sekali gus melonjakkan imej negara amnya dan Universiti Malaya khususnya di kalangan komuniti saintis astronomi dunia.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

Thursday, November 25, 2010

RENUNG-RENUNGKANLAH.....PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA


Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma


Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:


1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Wednesday, November 24, 2010

APA NAK JADI REMAJA ZAMAN SEKARANG !?!


Astagfirullahalazim....Apa motif sebenar remaja di atas yang berpakaian seksi tetapi mengenakan TUDUNG? Yang menyedihkan tingkah laku ini datangnya dari remaja yang berbangsa MELAYU dan semestinya beragama ISLAM! Kononnya ini adalah fesyen terbaru masakini tapi sedarkah dia bahawa dia telah menghina pemakaian tudung itu sendiri? Masya Allah...henti-hentikanlah perangai sedemikian rupa wahai anak bangsaku. Janganlah hanya kerna atas nama fesyen, agama Islam kita yang mulia menjadi taruhan dan sendaan. Bangkit dan sedarlah wahai anak bangsaku...... ALLAHUAKBAR!!!

BERHATI-HATI BERBELANJA DI CAMERON HIGHLANDS


TIDAK lama lagi cuti sekolah akan bermula. Jika ke Cameron Highlands, berhati-hati apabila berbelanja. Ini kerana pengalaman berada di sana baru-baru ini menunjukkan betapa mudahnya penjual buah dan sayur-sayuran melakukan penipuan timbangan. Kita tidak akan sedar ditipu kerana bersikap ambil mudah. Berapa ramai di antara kita melihat sendiri timbangan ketika membuat pembelian? Berapa ramai pula yang meminta peniaga menimbang semula buah-buahan yang dikatakan mempunyai berat tertentu sebelum membelinya?

Baru-baru ini, saya berada di tanah tinggi itu setelah agak lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Perjalanan ke sana dari Ipoh, Perak hanya mengambil masa kira-kira sejam mengikut laluan Simpang Pulai. Tujuannya hanya untuk menikmati cuaca sejuk di samping melihat panorama hijau ladang-ladang teh yang terbentang luas.Dalam perjalanan ke destinasi, saya singgah sebentar di satu lokasi jual beli hasil keluaran petani yang letaknya tidak jauh daripada salah sebuah hotel terkenal di Cameron Highlands. Rata-rata peniaga di situ terdiri daripada tauke Cina dan pekerja Indonesia. Peniaga Melayu hanya ada dua atau tiga orang yang menjual makanan segera. 

Sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan adab sopan dan nilai-nilai murni masyarakat Timur, kita jarang meletakkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain. Malangnya kepercayaan tersebut tidak dibalas dengan kejujuran. Niat untuk membeli buah limau terbantut gara-gara penipuan di depan mata.
 
Kesnya begini. Selepas memilih beberapa biji buah limau, saya meminta pekerja Indonesia di gerai itu untuk menimbang beratnya. Dia meletakkan di atas penimbang dan berkata ''satu kilogram''. Disebabkan terdorong oleh perasaan ingin tahu, saya melihat sendiri jarum penimbang yang diletakkan agak tersorok di sebalik buah-buahan.Betul, jarum menunjukkan angka satu, tetapi ia bukan dalam kilogram sebaliknya kiraan kati. Saya berlalu meninggalkan gerai tersebut tanpa membeli apa-apa dan terus ke sebuah lagi gerai yang terletak tidak jauh dari situ. Mata tertarik melihat warna merah strawberi yang masak ranum. Penjualnya, seorang lelaki Cina. Dengan penuh yakin, dia mengatakan setiap paket adalah seberat setengah kilogram. ''Beli satu RM10, beli dua RM18. Satu paket setengah kilogram," katanya.
 
Saya mengambil satu bungkus dan terus membayar harganya. Di sebuah gerai lain, sambil menunggu penjual memasukkan barangan yang dibeli ke dalam beg-beg plastik, saya mengambil kesempatan menimbang berat strawberi tadi. Jarum penimbang hanya menunjukkan beratnya 400 gram sahaja, bukan 500 gram atau setengah kilogram seperti yang didakwa. Melihat kepada reaksi si penjual, saya percaya ini bukan kali pertama mereka menipu.
 
Fenomena ini berlaku mungkin kerana pihak berkuasa tempatan gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Maka para peniaga bermaharajalela. Mangsanya adalah orang ramai terutama orang tua yang masih tebal dengan adab dan nilai-nilai murni masyarakat Timur. Berhati-hati lah kita selepas ini supaya tidak terjebak dengan penipuan sebegini.....

Tuesday, November 23, 2010

~KISAH PROFESSOR DENGAN SI PENGAYUH SAMPAN~


Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya  buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Apa pengajaran dari cerita ini ?:

Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

~BARU KUTAHU BAHAYA SARDIN~

Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin.
Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.


Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.


Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

BENARKAH ANGKARA FACEBOOK SEMAKIN RAMAI PASANGAN YANG BERCERAI ?

Diriku pun agak terperanjat bila membaca rencana di bawah ini. Tak terfikir pula  laman sosial seperti FB, Twitter etc boleh menyebabkan rumahtangga sampai berantakan! Pada diriku ler, semua ini bergantung kepada NIAT masing-masing. Memula kita tanya pada diri kita, ape sebenarnya NIAT kita melayari laman sosial ni? Adakah sekadar nak menambah kenalan, mencari pendapatan sampingan atau nak mencari kekasih lama (hmm kalau ni NIAT nya dari awal memang sah-sah berantakan ler rumahtangga jawabnya).  

Diriku juga pernah berhadapan dengan situasi terjumpa kembali dengan 'teman tapi mesra' masa zaman sekolah dulu dalam FB, diriku sangkakan cukuplah sekadar bertanya khabar sahaja tapi bila 'teman tapi mesra' tu bagaikan ingin mengungkap kembali kisah lama...oh tidak...cepat-cepat diriku angkat kaki, tak rela untuk terjebak dalam situasi sebegitu. Kerana diriku selalu beringat, diriku sudah berumahtangga, ada tanggungjawab pada suami dan anak, dan tidak akan sesekali merosakkan ikatan suci yang telah di meterai tika kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri 3 tahun yang lepas.

Jadi nasihat diriku, sebelum melayari laman sosial sebegini, tetapkan NAWAITU dan NIAT kita, ingatlah keluarga sentiasa jadi yang teratas dan utama dalam apa jua tindakan yang bakal diambil oleh kita.......

__________________________________________

Perceraian meningkat angkara Facebook?


Layari laman-laman sosial di Internet dengan niat dan tujuan yang ikhlas. - Gambar hiasan


MEMANG belum ada satu kajian spesifik di negara ini yang boleh mengesahkannya,. Namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Gambaran terhadap kes ini dapat dilihat daripada jumlah kes perceraian yang meningkat tahun demi tahun.
Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook.
Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, dipetik sebagi berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.
“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.
“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.
“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,” kata Naib Presiden AAML, Kenneth Altshuler.
Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).
Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.

Ehsan : UTUSAN MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...