Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Tuesday, October 26, 2010

Senaman UNTUK Memudahkan BERSALIN

SENAMAN KEGEL

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.
Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:

a) Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
b) Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
c) Mengurang buasir


Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2-3saat
  3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.
  
BEBERAPA SENAMAN YANG MEMUDAHKAN KELAHIRAN

Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti.
Beberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.
Senaman Kegel contohnya dapat membantu menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium.
Senaman lain yang dapat mengurangkan tekanan semasa bersalin antaranya adalah:


Tailor Sitting


Kebaikannya
  • Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
  • Dapat memperbaiki postur badan.
  • Melembutkan sendi pelvic.
  • Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:
  • Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
  • Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
  • Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
  • Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
  • Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

    Pelvic rock


     Kebaikannya:
    • dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
    • dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:
    Kaedah
    • Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
    • Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
    • Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
    • Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

      Wall slide


      Kebaikannya:
      • Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
      Kaedah:
      • Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
      • Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
      • Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
      • Naik ke atas semula.
      • Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
      • Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

       Moga-moga semua penerangan di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua....Insya Allah... 
      Untuk lebih maklumat sudi-sudi ler menjenguk ke
      http://www.babycenter.com.my/pregnancy/fitness/ 

        1 comment:

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...