Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Sunday, October 31, 2010

Blues Monday....PERHAPS?!!!

Mungkin 'kejadian alam' seperti gambarajah di atas (perghh..ayat skema giler) macam perkara biasa yang boleh didapati di mana-mana opis di seantero alam semesta terutamanya pada hari senin (betul tak??)

Biasa ler...ari minggu ler menjadi ari untuk kita berseronok/bercuti/memerdekakan pemikiran/tenaga/akal fikiran kita dari keje di opis yang senantiasanya tak penah abis2....tut tut dah ari senin dah sampai...arghh...rase cam tak cukup jer cuti 2 ari kan....skali masuk jer dlm opis...hambik kau....blambak-lambak lak keje kat atas meja...smuanye nak URGENT laks tu...diulangi...URGENT?!!

alahai.....alahai.....time ni otak rase beku jer kan....dah xleh nak pikir pape lg ni.....rase nak cakap jer dgn bos "saya nak balik umah ler bos" (tp dalam hati jer lah brani cakap camtu kui..kui..kui..). Mulalah terkenangkan alangkah indahnyer dapat bersantai di umah bersama hubby n anakanda yg tcinta (keindahannya dapat digambarkan seperti gambar diatas........... )
Jadi, apakah jalan penyelesaian untuk mengatasi Sindrom Blues Monday ni? Diriku ada gak terbaca tips-tips
dari Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah (dia antara idolaku hehe), kalau tak salah dari buku beliau "55 PETUA SERONOK BEKERJA". Diriku senaraikan ckit diantara pehtua-pehtua yang terkandung dalam buku ni yek tp xdeler dapat nak di kupas isi kandungannyer yer...diriku cuma mengkabo tajuk-tajuknyer sahaja...kalau nak tahu segala isi kupasannyaer gak silaler beli buku beliau ni kedai-kedai atau toko-toko buku berhampiran anda yek (ceh siap promosi kan skali yek...nah hambik diriku siap paste kan lg rupe bentuk buku ni n rega nyer skali).


Harga: RM 18.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-983-3372-09-6
ISBN-10: 983-3372-09-0
Tarikh Terbit: 4 Jun 2007
Jumlah Muka Surat : 176
Kategori: Bantu Diri, Bisnes & Pengurusan, Kepimpinan, Kerjaya
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

~Bahagian 1 : Jadilah Seorang yang Seronok~
Petua 1 : Ketawa Pengikat Kemesraan Bersama
Petua 2 : Ketawalah, Kita akan Relaks
Petua 3 : Apabila Kita Seronok, Kita Menyeronokkan Orang Lain
Petua 4 : Relaks.. Jangan terlalu Serius!
Petua 5 : Ringankan Tangan Kita: Pasti Ia Berbaloi

~Bahagian 2 : Mudah Tetapi Seronok~
Petua 6 : Bantulah Orang Lain Kita Pasti Seronok
Petua 7 : Amalkan Sentuhan Keinsanan
Petua 8 : Makan Bersama, Seronok Bersama
Petua 9 : Main Permainan Zaman Kanak-kanak
Petua 10 : Letakkan Benda Asing di Pejabat Kita
Petua 11 : Buat Perkara yang Tidak Diduga
Petua 12 : Dapatkan Kedamaian, Lakukan Sesuatu!
Petua 13 : Dengarkan Loceng Tanpa Minda

~Bahagian 3 : Seronok Sebagai Motivasi~
Petua 14 : Jadikan Seronok sebagai Ganjaran
Petua 15 : Cuti Mengejut bagi Prestasi yang Memberangsangkan
Petua 16 : Bonus-Berikan Secara Kreatif!
Petua 17 : Galakkan Orang Lain Memberi Ganjaran
Petua 18 : Tidak Seronok? Tingkatkan Motivasi Kita!

~Bahagian 4 : Komunikasi Seronok di Mana-mana~
Petua 19 : Komunikasi yang Seronok!!
Petua 20 : Luahkan Penghargaan Kita
Petua 21 : Hiasi Wajah dengan Senyuman
Petua 22 : Kelakarkan Mesej yang Sukar

~Bahagian 5 : Rancang Sesuatu yang Seronok~
Petua 23 : Kerja Betul-betul, Main Betul-betul
Petua 24 : Anjurkan Pertandingan Ketawa
Petua 25 : Gores dan Menang!
Petua 26 : Rancang Percutian yang Menyeronokkan
Petua 27 : Jadikan Pejabat Umpama Syurga

~Bahagian 6 : Saya Suka Mesyuarat~
Petua 28 : Mesyuarat: Kenapa Perlu Bosan?
Petua 29 : Mesyuarat yang Gamat: Kenapa Tidak?
Petua 30 : Berseronok Memberikan Pendapat
Petua 31 : Carilah Kata Sepakat Bersama
Petua 32 : Gunakan Enam Topi yang Sebenar
Petua 33 : Lagi Idea Seronok Mesyuarat

~Bahagian 7 : Majikan yang Seronok~
Petua 34 : Jangan Drastik: Buat Perubahan Perlahan-lahan
Petua 35 : Pilih Pekerja yang Menyeronokkan
Petua 36 : Wajibkan Akujanji Ceria
Petua 37 : Adakan Sambutan Pekerja Baru
Petua 38 : Berikan Kebebasan Bersuara!
Petua 39 : Kemudikan Bahtera Bersama-sama
Petua 40 : Adakan �Hari Kasual�

~Bahagian 8 : Permainan yang Menyeronokkan~
Petua 41 : Jadikan Kerja Satu Permainan!
Petua 42 : Guli Siapa paling Banyak?
Petua 43 : Buat Kotak Permainan Pejabat
Petua 44 : Letakkan Tanda Rehat di Atas Meja
Petua 45 : Ulang Tahun Hari Lahir yang Menyeronokkan
Petua 46 : Mari Menjadi Juara
Petua 47 : Formula Satu Sudah Bermula
Petua 48 : Adakan Kuiz Minda!
Petua 49 : Menyunting Bintang di Langit
Petua 50 : Hari Tema Bulanan
Petua 51 : Korbankan Lembu Itu

~Bahagian 9 : Hati Damai yang Seronok~
Petua 52 : Carilah Rahmat di Pejabat
Petua 53 : Ingat Mati! Kita akan Berkualiti
Petua 54 : Ukhuwah untuk Pasukan yang Gagah
Petua 55 : Belailah Jiwa dengan Tazkirah

Hah.....amacam? Rase-rasenyer dapat tak membantu korang untuk sama-sama 'memajukan diri' kita selepas ini di hari senin? Harap-harap pasni sama-sama ler kita memotivasikan diri kita yek (sebenarnyer kate-kate ini khas ku tujukan untuk diriku sendiri hahahahahaha)...Hmm baiklah kengkawan moga bjumpa lagi di lembaran yang lain k....Adios Amigos....................





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...