Hmm...di antaranya ialah....
1. Rebus pokok selusuh....minum air dia...memang memudahkan bersalin..
2. Semasa mengandung jaga tata susila dengan suami, dekat nak bersalin mintak maaf ngan suami, mak bapak & mentua dan semua org.
3.  Amalan membaca surah Maryam - nie mmg dah disebut dlm Al - Quran. Masa  sakit bersalin amalkan baca ayat ...La ilhaila anta  subhanakainni  kuntum minazolimin.....ulang berulang2  kali sehingga  selamat  melahirkan anak.
4. Amalkan baca surah Al-Insyiqaq ayat 1-4.
5. Masa dah dekat nak due, baca surah Abasa ayat 20 banyak-banyak.
6. Amalkan baca surah An-Nahl ayat 78.
7. Baca doa “Rabbi Yassir Wa La Tuassir Rabbi Tammim Bilqoir”.
8. Baca “Hanatun waladat maryam, maryam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biquatil maqbud, la haulawala quata illa billa hil ‘ali’ul adzim”.
9. Amalkan jugak baca “Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musawwir” sebanyak 21x then hembus ke dalam segelas air.
4. Amalkan baca surah Al-Insyiqaq ayat 1-4.
5. Masa dah dekat nak due, baca surah Abasa ayat 20 banyak-banyak.
6. Amalkan baca surah An-Nahl ayat 78.
7. Baca doa “Rabbi Yassir Wa La Tuassir Rabbi Tammim Bilqoir”.
8. Baca “Hanatun waladat maryam, maryam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biquatil maqbud, la haulawala quata illa billa hil ‘ali’ul adzim”.
9. Amalkan jugak baca “Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musawwir” sebanyak 21x then hembus ke dalam segelas air.
10. Bile dah start sakit, minum air milo yang dibancuh dengan planta...tu utk bagi laluan cepat bukak..
11. Rebus epal hijau...makan masa sakit tuh. Insya Allah baby senang kuar 
12. Banyakkan berjalan 
13. Makan telur mentah sebiji semasa sakit nak bersalin
14. Petua orang tua-tua..lepas mandi, rambut basah hisap hujung rambut.. 
15. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.
Kemudiannya...Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan  minyak kelapa tadi. Dos nya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap  hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda.
Lagi  satu, sebaik-baiknya anda buatlah minyak kelapa tu sendiri. Ia  bertujuan memastikan anda benar-benar meminum minyak kelapa yang bersih  dan selamat.
16. Amalkan makan sayur bendi semasa mengandung.
17. Satu lagi pokok kemoyang. ia boleh di minum beberapa minggu sebelum  bersalin. ambil pokok kemoyang tu dengan akarnya sekali. bersihkan.  rebus dan minum airnya. amalan iniakan memudahkn ibu semasa proses  bersalin.
18. Banyakkan minum air kelapa pada hujung-hujung nak bersalin tu. Amalkan juga makan kurma dalam bilangan ganjil (3@7 biji).
19. Amalan  menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj boleh melembutkan  bahagian tersebut, so takdelah mudah koyak semasa melahirkan. Amalkan  semasa bulan terakhir nak bersalin.
P/S : Bagi Ibu-Ibu yang sedang menunggu kelahiran bayi tercinta bolehler mencari nama-nama bayi dalam islam di
http://namanamaislam.com/
http://www.namaislam.ecom.my/

No comments:
Post a Comment