Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Wednesday, December 15, 2010

Usah Percaya Dunia Akan Kiamat Pada 2012

Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.

Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku.
“Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya.

Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, kelmarin mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 tidak benar.

Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu.
Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012. 

Sumber : BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...