Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Tuesday, November 2, 2010

Bila Hilangnya Kemanisan CINTA.....

Benarkah cinta itu bermusim? Adakah setiap cinta itu mempunyai tarikh luputnya? Atau adakah cinta itu boleh dilupuskan setelah habis tarikh penggunaannya?
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali"
Kita selalu alpa dan lalai pabila orang-orang tersayang di sekeliling kita masih dalam genggaman. Bila tiba waktu mereka tiada lagi di dalam lembaran hidup kita...barulah dirasakan bahawa betapa pentingnya mereka di dalam kamus hidup ini dan tidak lengkap lah hidup tanpa mereka di sisi...
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."
Maka biasalah semasa di alam percintaan si dia umpama bulan,bintang hati kita sehinggakan jika berenggang sesaat pun jiwa bisa meronta-ronta untuk bersamanya. Pada tika dan saat itu janji dipatri untuk sehidup semati sampai ke akhir hayat.Kebahagian itu boleh diumpamakan
"Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan."
Tapi setelah di ijabkabulkan, menjalani hidup bersama selama beberapa tahun, dikurniakan permata hati yang comel-comel belaka, kemanisan cinta yang dulu dipupuk bersama semakin menghilang bak angin nan lalu..yang ada cuma cinta yang semakin tawar, pahit dan menyesakkan perasaan. Tika ini serasa mau saja bebas, lepas dari ikatan cinta yang di rasakan makin hari makin membebankan. Maka mulalah timbul di dada-dada akhbar berita-berita yang meruntun hati seperti ini...

Suami tangkap isteri curang

Posted on the July 5th, 2010 under Berita, Tempatan by Syedz
6Kongsi Maklumat ini di FB
 
DUA anggota JAIP menahan seorang wanita yang didapati berdua-duaan dengan pasangannya di Kuantan semalam.

KUANTAN – Hati suami mana yang tidak remuk apabila melihat isteri yang dikahwini sejak lima tahun lalu didakwa melakukan perbuatan sumbang dengan lelaki lain hingga memaksanya memasang perangkap dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kelmarin.
Ternyata, perangkap yang dipasang lelaki dikenali sebagai Muhammad, 30-an mengena apabila mendapati isterinya itu sedang bercumbu mesra dengan lelaki seusia dengannya pada pukul 3 petang di dalam sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di Jalan Dato Lim Hoe Lek di sini.
Wanita berusia 33 tahun yang merupakan ibu kepada empat orang anak itu mula berubah sikap sejak sebulan lalu hingga mendorong suaminya melakukan intipan selepas tidak tahan dengan cakap-cakap orang mengenai kecurangan yang dilakukan isterinya.
 Sumber : kosmo.com.my
Ke manakah menghilangnya kemanisan cinta yang pernah dipupuk bersama oleh mereka ini suatu ketika dahulu sehingga terjadinya kemungkaran? Adakah ini atas kedangkalan sifat manusia itu sendiri yang tak pernah puas dengan apa yang sudah dimiliki? Bukankah seharusnya kita harus mempersiapkan diri kita untuk menerima segala buruk baik pasangan kita sebaik sahaja kita diijabkabulkan dahulu? Terimalah pasangan kita seadanya kerana kita juga bukanlah insan yang sempurna maka belajarlah mencintai dirinya sepenuhnya dan menerima kekurangannya seadanya sepertimana juga dia akan menerima kita seadanya.

Renung-renungkanlah..............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...