Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Thursday, November 4, 2010

Dah Lama Kahwin Tapi Sukar Untuk Mengandung? Ini Antara Tipsnya.....

Dah lama berkahwin tapi sehingga kini masih menanti kehadiran cahayamata yang diidamkan? Diriku ada terbaca beberapa tips-tips menarik yang ingin dikongsikan dengan kengkawan sekalian.

Jom Layan...

1. Bagi wanita yang ingin mengandung, adalah disarankan supaya mengelakkan pengambilan makanan/minuman seperti berikut :

 => Minuman bergas (coca-cola, pepsi, seven up etc)
=>  Makan junk food (atau jajan dalam bahasa melayunyer)
=>  Jeruk kering (asam boi) dan juga jeruk basah (mangga,ceremai)
=>  Makan burger,nugget
=>  Makan jambu batu
=> Makan makanan yang tajam dan berangin (nenas,ubi kayu,limau,rebung,tapai,tembikai,air kelapa,tebu etc)
=>  Makan Ajinomoto,Sos Cili dan Tomato (dan serbuk perasa yang sewaktu dengannya)
=> Sayur seperti tomato,taugeh,peria(kalau tanam sendiri ok),kobis
=>  Seafood (kerang. sotong, ikan bakar etc)
=>  Makanan yang di bakar terus dengan api (ikan bakar,satay)

2.  Para suami pula digalakkan minum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu lembu fresh. Isteri juga digalakkan minum susu lembu.

3.  Berhentikan tabiat merokok (jika anda perokok).

4.  Banyakkan menyebut nama Allah (al-Mussowwir)
5.  Petua Nabi SAW agar dikurniakan anak.
 => Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi SAW bertanya :
          
     " Ya Rasullullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun."

     Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya :

     " Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah,kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak)."

6.  Ketika mandi
=> jirus tepat di atas kepala (bukan ubun-ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit,angin,darah kotor,hati busuk,disihatkan tubuh badan, hati etc - iring sekali dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)

=> cuci pusat dengan diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)

7. Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam periuk selama 2 hari dan tutup periuk itu.Bila dah jadi anak taugeh, buang kulit hijau dan kemudian rebus anak taugeh itu selama 15 minit. Kemudian tapis air rebusan tersebut. Bolehlah diminum dari 1st period sampai waktu subur.

8. Boleh juga dipraktikkan teknik persetubuhan jenis "dooggie style" di mana setelah lelaki klimaks (yakni air mani sudah dimasukkan ke dalam faraj isteri) maka isteri hendaklah terus berbaring dalam keadaan meniarap selama setengah jam (sekurang-kurangnya) supaya sperma akan dapat terus bergerak ke dinding rahim isteri dengan segera memandangkan jangkahayat sperma yang tidak dapat bertahan lama.
* tips ini hanya untuk pasangan SUAMI ISTERI SAHAJA, ada paham!!


9. Amalkan makan BUAH ZURIAT (gambarnya seperti di atas).Hanya boleh didapati di Mekah dan Madinah sahaja. Buah ini merupakan buah dari pokok kokka yang dijadikan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut cerita ianya hendaklah dimakan sebelum subuh, istighfar 100 kali,selawat 10 kali dengan niat untuk mendapat zuriat yang sempurna...Insya Allah.

2 comments:

  1. salam....

    burger tak boleh mkn juga ke?

    ReplyDelete
  2. salam...kalau burger made in house(bikin sendiri katy umah ler hehe) insya allah rasenyer boleh dimakan lg...tp burger fastfood (kfc, Mc D etc) x brape digalakkan...almaklumler kita x tau brape byk toksik yg tkandung di dlmnyer.....wallahualam.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...