Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Sunday, November 21, 2010

8 FINALIS Kawanku Bintang Coca Cola Yang Cool & Gempak!!

Kawanku Bintang COCA COLA di TV9 bermula 28 November

PESERTA Kawanku Bintang Coca-Cola bersama pengacara dan juri program.
PESERTA Kawanku Bintang Coca-Cola bersama pengacara dan juri program.
BERBEZA daripada pertandingan nyanyian realiti lain, program terbaru di TV9, Kawanku Bintang bakal menyerlahkan bakat anak muda di arena seni suara tanpa menetapkan syarat perlu mengikuti genre muzik tertentu atau harus tampil solo sebaliknya, membiarkan peserta menonjolkan keistimewaan sendiri tanpa sebarang kongkongan.

Program yang menawarkan ganjaran wang tunai RM15,000 dan membuka peluang kepada juara menghadiri konsert mega penghibur antarabangsa sekali gus memberikan pengalaman manis buat bintang yang dipilih bersandarkan bakat serta keupayaan vokal.
Tidak mengikut format penyingkiran, program realiti yang disiarkan menerusi TV9 bermula 28 November ini menyediakan bimbingan dalam pelbagai segi di bawah kendalian jurulatih profesional bagi mempersiapkan peserta menggapai impian menjadi penghibur. Pengurus Kanan Kumpulan Khidmat Pelanggan, Media Prima Berhad, Crystal Lee, berkata Kawanku Bintang menyediakan landasan kepada golongan muda menonjolkan bakat nyanyian dengan memberikan tunjuk ajar serta tips menjadi bintang menerusi bantuan sekumpulan pakar.

“Muzik menjadi sebahagian daripada hidup anak muda dan menyedari hakikat ini, kami menyediakan platform untuk mereka. Namun segala-galanya terpulang kepada diri sendiri, malahan keluarga atau kawan terdekat digalakkan mencalonkan nama insan yang diyakini berbakat untuk mara sebagai peserta.

“Walaupun julung kali dihebahkan, kami menerima ratusan permohonan dengan pelbagai latar belakang tetapi selepas saringan, hanya lapan calon akhir akan berentap dalam lima episod rancangan membabitkan empat penyanyi solo, tiga kumpulan selain satu vokal harmoni,” katanya selepas majlis pengumuman peserta.

Hadir sama dalam pelancaran program realiti yang bakal dikendalikan Cheryl Samad dan Qi itu ialah Ketua Operasi Komersil Coca-Cola Malaysia, Agustinus Gunadharma.
Peserta solo yang terpilih ke peringkat akhir program Kawanku Bintang terdiri daripada Nur Asnida Azhar, 18; Fatimah Nazirah M Ashari, 23; Nini Arzieana Kadis, 20 dan Mohd Amir Iqram manakala Wanted Symphony menjadi peserta tunggal vokal harmoni selain berkumpulan yang menyenaraikan Ask Me Again, Brownies serta Statik.

Sementara itu, kumpulan profesional yang menjadi pembimbing peserta diketuai penerbit merangkap komposer, Helen Yap; perunding penampilan, Peter Lum serta penyanyi popular, Juwita Suwito akan berkongsi pengalaman serta kepakaran bersama calon.

Sebagai sebahagian cabaran, setiap minggu persembahan mereka bakal diadili juri yang terdiri daripada pengamal muzik termasuk Yuna, Noh Hujan dan komposer, Aubrey Suwito malah selain mempunyai bakat menghibur, peserta juga dikatakan bakal mempersembahkan lagu ciptaan sendiri.

Yuna selaku juri berkata, kehadiran mereka bukan untuk memberi kritikan sebaliknya lebih kepada berkongsi pengalaman kerana sebagai komposer dan penyanyi muda, banyak perkara ingin disampaikan kepada teman sealiran lain khususnya peserta program itu yang dilihat begitu bersemangat.

“Kehadiran kami tidak perlu ditakuti malah anggap saja kami seperti peminat muzik lain yang mahu melihat kelainan. Secara peribadi, saya tidak mahu menghentam atau menidakkan keupayaan peserta kerana mereka punya bakat, cuma cara penonjolan kebolehan itu yang akan membezakan antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Agustinus berkata, inisiatif mencungkil bakat golongan sasaran antara usaha memartabatkan industri muzik menerusi penganjuran konsert, penerbitan program realiti dan pengenalan produk inovatif seperti ‘Singing Can’.

Katanya, sempena promosi ‘Singing Can’ atau ‘Tin Menyanyi’ yang bermula 1 November lalu hingga 31 Disember ini, pengguna berpeluang membawa pulang ganjaran menarik termasuk Apple iPod Touch jika dapat mencari tin bernyanyi menerusi pembelian Coca-Cola tin 325ml.

Bagi peminat muzik yang tidak mahu ketinggalan mengikuti kehebatan calon Kawanku Bintang, ia disiarkan di TV9 pada setiap Ahad, jam 10 pagi bermula 28 November.

SUMBER : BERITA HARIAN

Selepas Uji Bakat selama 3 minggu, 8 FINALIS yang sungguh berbakat telah dipilih! Saksikan semua aksi-aksi menarik 8 Finalis ‘Di Sebalik Tabir’dengan mengklik di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...