Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Wednesday, November 3, 2010

Baby Boy or Baby Girl : Pentingkah jantina bayi kita?

Hmm...sajer jer diriku memilih topik ni (mentang-mentangler x lama lagi dira dah nak dapat adik hehe)..
" Bertuah ler si Matahari (bukan nama sebenar) tu, baru jer bersalin anak kedua, dapat lak anak pompuan, anak sulungnya lelaki, untungler dapat sepasang..."
Hehe...mesti biasa dengar jer skrip di atas ni kan? Memang menjadi kebiasaan kalau isteri kita pregnant anak yang kedua mesti kita teruja nak tau apakah bakal jantinanya kali ni, adakah kita akan dapat sepasang cahaya mata kali ni? Begitu juga dengan kawan-kawan/saudara-mara kita yang mengetahui mengenai kehamilan kita yang kedua ni, mesti seolah-olah meletakkan penanda aras pengukur yang kita WAJIB mendapatkan anak yang berlainan jantina, erti kata lain, kalau first baby boy, second mesti baby girl (vice versa gak kalau first baby girl, second mesti baby boy). Tapi persoalannya, pentingkah jantina bayi kita ni?

Pendapat diriku, jantina bayi tu tak penting sebenarnya. Yang paling penting ialah kesihatan bayi tu sewaktu di dalam kandungan dan keselamatan bayi tu semasa dilahirkan merupakan perkara terpenting yang harus diutamakan oleh setiap pasangan yang bakal mempunyai cahaya mata. Jikalau kebetulan pasangan berkenaan mendapat sepasang cahayamata itu satu bonus bagi mereka TAPI itu bukan satu perkara yang harus menjadi KEUTAMAAN bagi setiap pasangan yang bakal mendapat cahayamata.

Mengapa diriku berkata demikian? Pada diriku setiap cahayamata yang Allah kurniakan pada setiap pasangan itu merupakan rezeki dan anugerah yang tidak ternilai harganya di dunia ini, tak kisah ler baby bor or baby girl. Tapi bila kita mula meletakkan harapan tertentu semasa pasangan kita mengandung semula bukankah ini akan meletakkan situasi si ibu dalam keadaan tertekan sedangkan seharusnya dalam keadaan begini seharusnya si ibu harus berasa tenang, relaks dan menikmati proses kehamilan itu dengan penuh kedamaian agar zuriat yang bakal dilahirkan kelak akan menjadi zuriat yang sihat dan ceria. Tapi kalau si ibu berada dalam keadaan tertekan, kerapkali mengharapkan keajaiban akan berlaku dan begitu mengharapkan ianya hanya akan menjejaskan kandungan tersebut dan apabila zuriat tersebut dilahirkan, kemungkinan zuriat tersebut tidak akan membesar dengan ceria dan sihat akibat dari tekanan yang di alami oleh si ibu semasa mengandung dahulu.

Macam diriku gak ler skang ni, alhamdulilah sepanjang mengandung yang kedua kali ni tak penah ler terpikir ataupun menekan diri sendiri untuk mendapatkan baby boy semata-mata anak diriku yang sulung ni gegirl. Mujurlah hubbyku amat memahami dan tidak pernah menetapkan kriteria tertentu untuk cahayamata kami yang kedua ni.
"Papa x kisah, laki ker pompuan ker janji mama n baby sihat sudah" (cayang my hubby kerna amat2 memahami hehehe)
Jadi diriku amat berharap ler pada pasangan yang sedang menghitung hari menunggu kedatangan cahayamata yang tercinta tu, janganlah terlalu menekan diri semata-mata nak mendapatkan zuriat untuk jantina yang tertentu yer, terima lah seadanya tak kisah ler baby boy or baby girl kerana sudah tentu dengan kelahiran zuriat kita tu akan menjadi satu anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan kita....Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...