Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Sunday, November 14, 2010

Alkisah...SEKOLAH PONDOK JER......


Alkisah di suatu Bengkel Keusahawanan yang berlangsung di sebuah Hotel Bulan Bintang (bukan nama sebenar). Pendaftaran peserta bermula di susuli dengan Sessi Ice Breaking....Masing-masing berpakaian ala-ala korporat,yang lelakinya segak berkot manakala yang perempuannya sarat dengan aksesori barang kemas yang bergemerlapan mula memperkenalkan diri, dengan penuh bangga...
" Saya Mr S, lulusan UKM dlm bidang mikrobiologi, sekarang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Pejabat Kerajaan, pendapatan bulanan sekitar RM 8,000..." 
" Saya Encik T, lulusan jurutera dari UTM, sekarang bekerja sebagai Jurutera Kanan di Syarikat XYZ dengan gaji RM 15,000 sebulan..."
" Saya Puan Y, lulusan undang-undang dari Universiti of Harvard, sekarang bertugas di firma guaman Tetuan M & Co, pendapatan bulanan berjumlah RM 20,000... "
Kemudian seorang lelaki, berbaju kemeja kotak sederhana dan kopiah di kepala dengan tenang bersuara..
"Assalamualaikum. Saya Encik X. Tak belajaq tinggi mana pun, dulu pas abih LCE saya trus sambung..SEKOLAH PONDOK JER...Sekarang ni meniaga hasil kampung jer..."
Para peserta lain mula menjuihkan mulut. Hairan juga bagaimana seorang yang tidak berpelajaran tinggi sepertimana mereka menyertai bengkel ini yang sepatutnya terbuka kepada golongan korporat seperti mereka sahaja.  Maka dengan niat untuk menghina mereka pun bertanya kepada lulusan sekolah pondok itu.....
" Lah...watpe susah-susah nak join bengkel ni? Mahal tau yuran pendaftarannya. Agak-agak cukup ker pendapatan bulanan Tuan untuk membayar yuran bengkel ni?"
Riuh rendah seketika suasana dengan gelak ketawa dari peserta lain.
"Takpa aih. Kita kalau nak menuntut ilmu tak boleh berkira duit. Lagipun cukup rasanya hasil pendapatan saya dari ladang getah 10 ekar, ladang perusahaan ayam saya ada kira-kira 5,000 elor ayam, mini market dan kedai dobi saya. Adalah dapat paling kurang RM 50,000 sebulan. Maklumler saya ni lulusan SEKOLAH PONDOK JER..."
Suasana yang tadinya riuh rendah terus bertukar menjadi senyap sunyi.Kelu lidah masing-masing untuk berkata-kata. Tak disangka peserta yang diperlekehkan oleh mereka tadi rupanya jauh lagi kaya dari mereka.Masing-masing hanya mampu menelan air liur sendiri.....

Hari beransur petang. Selesai sudah Bengkel tersebut dengan jayanya pada hari itu. Masing-masing mula melangkah keluar ke parking hotel untuk mendapatkan kereta masing-masing. Masing-masing bergaya dengan Honda Accord, Toyota Camry,Proton Perdana dan sebagainya. Tiba-tiba kelihatan kelibat peserta yang diperlekehkan oleh mereka tadi menuju ke arah sebuah kereta....TOYOTA HARRIER....Kelihatan pemandunya turun...seorang wanita yang anggun berbaju ala-ala muslimah yang sopan dan memakai tudung yang sepadan dengan baju dan beg tangannya, sungguh bergaya dan terserlah keayuannya. Sambil tersenyum ke arah peserta lain, Encik X berkata...
" Perkenalkan ini isteri saya Maimunah. Nama biasa jer maklumler orang kampung. Isteri saya pun lulusan SEKOLAH PONDOK JER..."
Peserta lain hanya mampu menelan air liur sekali lagi melihat kecantikan dan keanggunan isteri Encik X. Tambah membuatkan mereka menelan air liur buat kali ketiganya bilamana melihatkan sticker yang tertampal di belakang cermin kereta Encik X....
"SEKOLAH PONDOK JER..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...