Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath Anniversary tickers

SECURITY

Wednesday, November 17, 2010

ALLAH tak pernah berhenti mencintai kita.....


Percayalah............
Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu tidak pernah dan tidak akan berhenti mencintai kita. Lalu apa sahaja permintaan/doa kita akan dimakbulkan olehNya. Jika selalu kita mengingati dan memohon kepadaNya maka selalu juga lah ALLAH akan mengingati kita. Jikalau kita jarang-jarang berdoa dan memohon kepadaNya nescaya ALLAH juga jarang-jarang akan mengingati kita.

Namun sudah lumrah manusia, hanya akan sujud kepadaNya jika kita berada di dalam kesusahan. Bila terdesak, tersepit dan terjebak dalam jerat duniawi yang tidak berkesudahan barulah kita memohon kepadaNya. Di kala itu barulah kita akan solat, memohon, berzikir dan berdoa kepadaNya 24 jam sehari. ALLAH itu memang Maha Penyayang, oleh kerana Dia melihat kita hanya mengingati Dia tika kita di dalam kesusahan sahaja justeru Dia akan sentiasa meletakkan diri kita dalam kesempitan hidup kerna dengan cara ini sahaja barulah kita akan mula mengingatiNya. Maka janganlah dipersalahkan ALLAH kiranya kita sentiasa berada dalam kesusahan dan kegetiran hidup kerana kita sendiri alpa dan lupa memohon kepadaNya.

So, moral of the story, hendaklah kita senantiasa beringat kepada ALLAH tak kira semasa senang dan susah agar ALLAH juga akan sentiasa mengingati dan bersama kita tak kira susah atau senang. Wallahuallam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...